Monday, January 4, 2010

Pekikan Jubah ( \/ ) & Membeli Bangkai ( \/ \/ )

Abul Hasan menceritakan pula bahawa seorang lelaki telah mendengar suara orang berteriak dan mengadu kesakitan di rumah Juha.

"Aku mendengar suara pekikan di rumah tuan, apa gerangan?" Tanya lelaki itu kepada Juha. "Jubahku jatuh dari atas rumah." Jawab Juha. "Err .. hanya jubah jatuh pun sampai terpekik-pekik?" "Engkau ini bodoh. Jika engkau sedang memakai jubah, dan jubah yang dipakaimu jatuh, bukankah engkau ikut jatuh bersamanya? "Kata Juha.
_________________________________________________________

Suatu hari Juha melihat budak-budak mempermain-mainkan seekor burung yang sudah mati. "Boleh jual kepadaku burung itu?" Tanya Juha. "Burung sudah mati akan engkau beli, buat apa?" Tanya budak-budak itu. "Aku memang ingin memilikinya.". "Kalau nak juga, sila beli." Kata budak-budak itu.

Juha membayar burung mati itu dengan harga satu dirham kemudian dibawanya pulang. Sesampainya di rumahnya, ibu hairan dan marah. "Wahai Juha! Buat apa kau bawa burung yang sudah jadi bangkai itu? "Tanya ibunya. "Diamlah bu. Jika burung itu hidup, aku tidak sanggup mengeluarkan seratus dirham untuk membeli makanannya. "Jawab Juha. * *
- M_J

No comments:

Post a Comment